Bengkel MIV bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniMIV yang merupakan singkatan kepada Sukarelawan ICT Malaysia atau pun Malaysia ICT Volunteer. MIV merupakan satu platform Sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti. MIV bersama komuniti adalah satu program sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital dalam kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan pada tahap maksimum. sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif dalam kalangan masyarakat. Kumpulan fokus MIV adalah MIV bersama komuniti (Rakan Strategik Pusat Internet, Orang awam sebagai sukarelawan), MIV bersama IPTA/S (Graduan dan Mahasiswa/i IPTA/S sebagai sukarelawan), MIV bersama sekolah (Gurus sebagai sukarelawan), dan MIV bersama IIV (Sukarelawan dari pelajar-pelajar terpilih dari MIV bersama IHE.
MIV juga bertujuan untuk membangunkan warga digital yang kompeten dan cekap yang berupaya untuk membangunkan dan membina aplikasi dan perkhidmatan ICT dan menghasilkan kandungan yang sesuai untuk digunapakai oleh komuniti dan kumpulan pengguna yang membolehkan mereka mengawal semua aspek kehidupan mereka. MIV juga memberi peluang untuk sukarelawan (termasuk belia, wanita dan remaja perempuan dan profesional-profesional yang telah bersara). Ia juga untuk mendapat dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan semua orang di pelbagai peringkat.
Pada 5 September 2020, seramai 4 orang sukarelawan di Pusat Internet Lawang telah mengikuti program ini yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program ini diadakan selama dua jam setengah. Program ini dijuga turut disertai oleh semua sukarelawan Pusat Internet seluruh Malaysia. Taklimat MIV ini disampaikan oleh Puan Hashimah Hashim iaitu Ketua Jabatan Penglibatan Komuniti, MCMC. Di samping itu, disampaikan juga taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) oleh En Thahir Bin Musa iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Penglibatan Komuniti, MCMC. Objektif utama Klik Dengan Bijak ialah melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). KDB mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain. Selain itu, dapat memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Klik Dengan Bijak menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Akhir sekali, disampaikan juga taklimat berkenaan MIV dan Tugasan Sukarelawan oleh Puan Nor Amanina Che Azemi iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Penglibatan Komuniti, MCMC
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: