Taklimat Advokasi (KDB) PI Kluster Tanah Merah bersama SMK Tanah Merah (1)
24 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniObjektif program ini dibuat di sekolah adalah untuk memberi pendedahan awal kepada semua pelajar tentang risiko dan keselamatan ketika melayari internet. Ia juga penting bagi mewujudkan persekitaran penggunaan Internet yang selamat untuk masyarakat khususnya kanak-kanak dan remaja yang juga mudah terdedah kepada buli siber. Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.
Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.
Pihak PI Kluster Tanah Merah berharap agar program ini dapat memberi impak yang efektif dan berkesan kepada semua warga pendidik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Sekiranya anda adalah mangsa buli siber berbincanglah dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru. Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti. Jangan balas mesej teks atau e-mel buli. Terima kasih di atas kerjasama yang baik sepanjang program Taklimat Advokasi (KDB) bagi Pusat Internet Kluster Tanah Merah ini yang berlangsung pada 23 Februari 2020 dengan kehadiran kira-kira 300 orang pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: