Sesi 4 Instagram & Instagram Ads (Kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS)
6 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini“Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS” yang merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020 yang lalu”.Terdapat pelbagai insentif dari rangkaian platform e-dagang yang terlibat untuk anda semua, tidak kira sama ada anda peniaga individu mahupun peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, anda layak menyertai “Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS.
Atas dasar kerajaan untuk membantu para usahawan, seramai 45 orang staf Pusat Internet dan PID dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah telah menyertai kursus kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS yang bermula pada jam 9.15 pagi sehingga 5.30 petang pada hari Khamis 6 Ogos 2020 yang lalu bagi mempelajari segala ilmu keusahawanan untuk disampaikan kepada usahawan di sekitar mereka. Kursus ini melibatkan staf-staf Pusat Internet yang telah berjaya dipilih selepas sesi presreening oleh pihak Mdec. Kursus ini dijalankan melalui aplikasi Zoom Meeting bersama dengan Coach Zul dan juga staf Pusat Internet serta Pusat Internet Desa (PID) di Pusat Internet masing-masing.
Sesi pada kali ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada semua staf yang terpilih bagi program Perkhidmatan eDagang setempat atau dikenali dengan PeDAS dengan penerangan secara terperinci berkaitan dengan topik Instagram dan Instagram Ads. Latihan pada kali ini merangkumi pengenalan kepada Instagram untuk perniagaan dan cara untuk membuka akaun perniagaan di Instagram. Selain itu, para peserta juga diberi taklimat berkenaan pengisian yang perlu ada di dalam Instagram perniagaan, teknik mengambil gambar dan juga membuat video sebagai strategi pemasaran melalui Instagram dan juga cara mengoptimumkan penggunaan Instagram. Para peserta dinilai melalui latihan secara praktikal yang diberikan oleh tenaga pengajar iaitu Coach Zul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: