Kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS (Sesi 3-Facebook & Facebook Ads)
5 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniSeramai 45 orang staf Pusat Internet dan PID dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah telah menyertai kursus kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS yang bermula pada jam 9.15 pagi sehingga 5.30 petang pada hari Selasa 4 Ogos 2020 yang lalu. Kursus ini melibatkan staf-staf Pusat Internet yang telah berjaya dipilih selepas sesi presreening oleh pihak Mdec. Kursus ini dijalankan melalui aplikasi Zoom Meeting bersama dengan Coach Syahril dan juga staf Pusat Internet serta Pusat Internet Desa (PID) di Pusat Internet masing-masing.
Sesi pada kali ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada semua staf yang terpilih bagi program Perkhidmatan eDagang setempat atau dikenali dengan PeDAS dengan penerangan secara terperinci berkaitan dengan Facebook dan Facebook Ads. Latihan keusahawanan digital melalui platform Facebook ini merangkumi cara untuk membuka akaun perniagaan di Facebook, strategi pemasaran melalui Facebook, Format Iklan, Polisi, Facebook Ads dan juga Stor Facebook. Sokongan melalui aktiviti praktikal kepada semua staf dititikberatkan bagi tujuan penambahbaikan dan kefahaman setiap peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: