Program Menjana Ekonomi Digital @Jeli
29 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Menjana Ekonomi Digital @Jeli ini merupakan program yang dikendalikan oleh MDEC dan EPU bagi memperkasakan ekonomi usahawan sekitar Jeli. Ia telah dirasmikan oleh YB Dato; Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Program ini adalah lanjutan daripada program eUsahawan yang pernah dijalankan sebelum ini. Memandang ekonomi negara yang turut terjejas akibat virus Pandemik COVID19, dengan itu kerajaan memperkenalkan program PRIHATIN, PRIHATIN TAMBAHAN dan juga PENJANA bagi membantu menaikkan semula jualan usahawan yang terjejas.
Di dalam program ini juga pihak MDEC telah memperkenalkan program PeDAS iaitu Perkhidmatan eDagang Setempat yang akan membantu usahawan dengan membuat dan meningkatkan jualan melalui platform digital seperti Shopee dan Lazada. Platform itu adalah aplikasi yang berkesan untuk memasarkan produk usahawan. Shopee dan Lazada adalah antara aplikasi yang terkenal kepada ahli-ahli usahawan untuk memperkenalkan produk mereka memandangkan penggunanya mencecah 300 juta pengguna di seluruh dunia setiap bulan. Dengan 70% penggunanya menggunakan aplikasi ini setiap hari.
Perniagaan amat memerlukan pemasaran yang besar untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai. Lebih ramai orang yang mengenali perniagaan kita, lebih ramai akan yakin dan akan membelinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: