Sesi Perkongsian & Sembang Santai “Dadah, Punca & Akibatnya” bersama AADK Jeli
28 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 27 Disember 2020, Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah menyertai Sesi Perkongsian dan Sembang Santai Langsung bersama AADK Jeli bertajuk Dadah, Punca dan Akibatnya bersama-sama Pusat Internet Komuniti (PIK) Batu Gajah sebagai hos dan juga Pusat Internet Komuniti (PIK) Karangan. Program yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam 40 minit yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.40 pagi ini bertujuan untuk membincangkan isu dadah pada masa kini,punca dan akibatnya dan juga untuk membincangkan bagaimana cara menanganinya kepada warga maya melalui aplikasi “Stream Yard”.
Sesi yang berlangsung selama 1 jam 40 minit ini telah ditonton oleh 229 orang penonton di laman facebook page Pusat Internet Komuniti. Panel pada hari ini adalah Encik Aris Fadzillah bin Mohamad Hassan, Ketua Pegawai AADK Daerah Jeli, Kelantan. Pada awal sesi ini, Encik Aris telah memperkenalkan diri beliau dengan lebih lanjut serta menerangkan statistik terkini jumlah kes penagihan dan penyalahgunaan dadah di Malaysia iaitu 300,000 orang penagih yang telah direkodkan sehingga kini. Namun ini bukanlah nilai sebenar kerana masih terdapat banyak lagi penagih-penagih di luar sana yang belum dapat ditangkap oleh pihak AADK mahupun PDRM. 6.8% daripada jumlah tersebut adalah penagih lelaki dan 4.2% lagi adalah wanita.
Daripada jumlah ini, Kelantan mencatatkan jumlah penagih tertinggi di dalam Malaysia iaitu sebanyak 16,000 orang. Majoriti penagih-penagih yang ada adalah di Malaysia adalah daripada kalangan bangsa Melayu. Seterusnya, beliau juga turut berkongsi jenis-jenis dadah yang popular di Kelantan terutamanya iaitu yang pertama adalah dadah jenis heroin. Dadah ini berupa bentuk serbuk putih dan kebiasaannya dibungkus di dalam penyedut minuman. Harganya pula adalah Ringgit Malaysia (RM) sepuluh (10) sahaja. Disebabkan harga dan kemudahdapatan dadah jenis ini, ia merupakan dadah yang paling popular dikalangan para penagih.
Jenis dadah yang kedua pula adalah pil kuda. Pil ini saiznya lebih kecil daripada saiz panadol biasa dan warnanya pula adalah jingga kemerah-merahan atau lebih tepat lagi warna merah bata. Ditengah-tengahnya pula ditulis dengan perkataan “WY”. Baunya pula jika dihidu adalah bau manis seperti buah-buahan. Dadah yang ketiga popular di Kelantan adalah jenis ketum, di mana para penagih membuat campuran bersama ubat batuk atau pun ubat nyamuk bagi meningkatkan lagi kesan kepada si penagih. Jika diikutkan, dadah ini tiada akta dan tidak juga boleh menyebabkan ujian saringan air kencing tersangkut. Namun akibat daripada penggunaan dadadh jenis ini juga melalaikan si penagih. Dadah yang terakhir adalah jenis syabu yang berbentuk seperti kristal atau kaca.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: