Program Bicara Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu & Penipuan Kewangan) Live bersama PIK Batu Gajah, Lawang dan Karangan
22 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2020, Isnin yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah menyertai Program Bicara Klik Dengan Bijak Live bersama-sama PIK Batu Gajah dan juga PIK Karangan dengan tajuk “Maklumat Palsu & Penipuan Kewangan” yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam yang bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya perkongsian maklumat palsu dan juga waspada dengan penipuan kewangan di dalam talian.
Di dalam sesi pada hari tersebut, pihak Pusat Internet Komuniti telah menerangkan kepada komuniti apa itu maklumat palsu. Maklumat palsu adalah maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah yang boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif jika tidak dibendung penyebarannya. Terdapat empat jenis maklumat palsu yang boleh dikategorikan dalam tajuk ini seperti gosip, khabar angin, spekulasi dan juga penipuan. Pihak PIK juga turut memberikan contoh-contoh maklumat atau berita palsu yang telah tersebar sebelum ini dan juga semasa. Pihak PIK menekankan supaya semua masyarakat untuk menjadi pengguna yang bijak dengan sentiasa menyemak kesahihan sesuatu berita di laman sesawang www.sebenarnya.my sebelum menyebarkan kepada orang lain.
Seterusnya, PIK juga turut berkongsi tentang aktiviti penipuan kewangan iaitu aktiviti di mana peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit. Antara ancaman atau jenayah siber yang biasa kita dengar adalah Scam, Phishing, Penggodaman/Hacking, Kecurian Identiti, Penyamaran, Dialer dan juga Spam. Antara tip kawal selia diri bagi meneglakkan anda menjadi mangsa penipuan kewangan adalah elak dari membuka pautan daripada kandungan emel. Padam atau abaikan e-mel yang mencurigakan. Gunakan aplikasi pelayar web yang telah dikemaskini. Ketiga; menaip URL perbankan di dalam pelayar atau menjadikan ia “bookmark atau favorite”. tidak tertipu dengan logo dan web yang serupa dengan yang asal. Tamatkan apa-apa hubungan dengan suspek. Jangan cuba membalas dendam. Kumpulkan maklumat/ bukti – emel, chat, resit dsb. Laporkan suspek kepada laman online dating, membeli belah, perkhidmatan e-mel atau laman-laman yang bertanggungjawab. Buat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti polis, KPDNKK, Bank Negara Malaysia atau MCMC.
Berhati-hati apabila berkongsi dan tag foto bagi mengelakkan data-data peribadi menjadi umpan kepada “hackers” di luar sana. Pengguna juga disarankan untuk memadam maklumat peribadi dan negatif dan sentiasa membina profil positif di dalam talian. Pengguna juga boleh melaporkan kandungan yang tidak sesuai kepada pembekal perkhidmatan internet dan pihak berkuasa. Pastikan emosi dan fizikal anda stabil untuk menggelakkan tindakan yang terburu-buru serta sentiasa menjadikan undang-undang sebagai peringatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: