Kelas Asas Shopee
13 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2020, Isnin yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Kelas Asas Shopee yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang. Shopee adalah platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara & Taiwan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memulakan perniagaan di platform e-dagang; Shopee. Selain itu, ia juga untuk memberi kelas asas Shopee bagi membina kedai di Shopee dan juga bagaimana cara untuk memuat naik gambar produk serta keterangan di dalam kedai online Shopee.
Di dalam sesi pada hari tersebut, staf Pusat Internet Komuniti telah menerangkan bagaimana persediaan kedai, memasarkan kedai anda, serta menghantar pesanan anda. Staf juga mengajar bagaimana untuk menghias kedai untuk menjadikan kedai anda lebih menarik dan cantik dengan menggunakan “canva.com”. Gambar muka depan akan memberi gambaran visual kedai mereka yang dapat meningkatkan keyakinan pembeli. Lengkapkan dengan logo kedai yang sesuai dan karusel menarik. Ini dapat meningkatkan keyakinan pembeli apabila mereka melihat kehadiran media sosial kedai anda.
Seterusnya, staf PIK juga turut berkongsi tentang cara untuk memuat naik produk. Terdapat lima langkah penting yang perlu diikuti iaitu; 1. Tambah Produk Baru, 2. Tambah Nama Produk dan Kategori Produk, 3. Tambah Penerangan Produk, 4. Tambah Imej Produk dan akhir sekali, 5. Tambah Maklumat Penghantaran. Pilih kategori yang sesuai untuk produk yang anda ingin muat naik di Shopee, dan tekan seterusnya. Elakkan memilih “Lain-lain” dalam pilihan sub-kategori. Produk yang dikategorikan dengan betul dan mempunyai maklumat produk terperinci akan mendapat lebih banyak paparan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: