Program Bicara Klik Dengan Bijak Live bersama MCMC
27 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2020, Khamis yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah menyertai Program Bicara Klik Dengan Bijak Live bersama MCMC dengan tajuk “Buli Siber! ‘Virus’ Baru Dalam Masyarakat” yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam 30 minit yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi berkenaan “Buli Siber! ‘Virus’ Baru Dalam Masyarakat” dan juga Tip Kawal Selia Diri dan Keselamatan di Internet kepada warga maya melalui aplikasi “FB Live”
Sesi yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini telah disertai oleh 1 orang peserta dari Pusat Internet Komuniti Lawang sendiri dan telah ditonton oleh 135 orang penonton di laman facebook page Live Klik dengan Bijak/MCMC. Panel pada hari ini adalah Puan Fauziente Abdul Rahman dan juga moderator program ialah Puan Saidatul Ashikin Abu Hassan daripada ibu pejabat MCMC Selangor. Pada awal sesi ini, Puan Saidatul Ashikin telah menerangkan apa itu “buli siber”. Buli siber ialah mesej, gambar, audio, video atau komen yang dikongsi di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Ia dihantar melalui e-mel, laman sembang (chat room), laman sesawang dan apa jua aplikasi komunikasi dalam talian. Beliau juga telah menunjukkan contoh berkaitan untuk lebih menjelaskan lagi kepada pengguna apa itu “Buli Siber”.
Seterusnya, beliau juga turut berkongsi tip kawal selia diri dan juga panduan penggunaan internet yang selamat, berwaspada dan bertanggungjawab. Antara tip kawal selia diri adalah berhati-hati apabila berkongsi dan tag foto bagi mengelakkan data-data peribadi menjadi umpan kepada “hackers” di luar sana. Pengguna juga disarankan untuk memadam maklumat peribadi dan negatif dan sentiasa membina profil positif di dalam talian. Pengguna juga boleh melaporkan kandungan yang tidak sesuai kepada pembekal perkhidmatan internet dan pihak berkuasa. Pastikan emosi dan fizikal anda stabil untuk menggelakkan tindakan yang terburu-buru serta sentiasa menjadikan undang-undang sebagai peringatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: