Kursus Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baharu
20 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniKreatif dan Kritis dua elemen penting yang juga merupakan antara tuntutan utama dalam misi untuk memajukan perniagaan. Dalam erti kata lain, anda perlu berfikir dan berusaha dengan lebih keras bagi menjadikan perniagaan anda sesuatu yang lain daripada yang lain demi menarik minat lebih ramai pelanggan. Perniagaan yang mempunyai kreativiti tersendiri kebiasaannya akan lebih cepat dikenali oleh para pengguna tambahan pula sekiranya produk atau servis yang disediakan menepati kehendak pengguna. Akan tetapi, faktor kreativiti tersebut mestilah seiring dengan strategi perniagaan anda agar faktor itu benar-benar dapat memberikan impak kepada perniagaan yang diusahakan.
Selaras dengan tujuan tersebut, pihak Isme, UMK telah menganjurkan Kursus Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baharu yang disampaikan oleh Prof. Madya. Dr. Mohamad Ismail bagi tujuan pembelajaran secara atas talian kepada semua pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti yang ada di seluruh negeri Kelantan di bawah kelolaan Maxis dan Nera (Malaysia) Sdn Bhd. Kursus ini telah berlangsung pada 18 & 19 Disember 2020 bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.
Di dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang strategi dan kreativiti dalam pemasaran, penggunaan jenis-jenis warna, dan kesan penggunaan video dalam pemasaran. Para peserta juga turut diberikan tugasan bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka semasa dan selepas kursus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: