Program Merentas Desa bersama SMK Tan Sri Mohamed Yaacob
23 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniBerlari merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan pasukan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Lapangan ini yang biasanya berjarak 4 hingga 12 kilometer, mungkin termasuk permukaan melibatkan rumput, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan kadang-kadang jalan berkerikil. Ia adalah sukan individu dan berpasukan, pelari dinilai berdasarkan masa individu dan markah pemberian untuk pasukan. Kedua-dua lelaki dan wanita peringkat semua umur bertanding dalam merentas desa ini.
Program Berlari Merentas Desa bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Yaacob ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan membina jati diri dalam diri setiap pelajar. Program yang berlangsung selama dua (2) jam ini melibatkan kira-kira 150 orang pelajar SMKTSY. Ramai pelajar yang tidak hadir ekoran demam dan batuk kata gurunya Encik Zulkifli Daud. Dalam program ini adik-adik ini diberikan taklimat tentang keselamatan semasa di jalan raya dan juga jalan kampung. Pihak Pusat Internet Lawang berharap program ini dapat diteruskan lagi dengan kehadiran lebih ramai pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: