Kelas Melukis Poster menggunakan Canva
22 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada zaman media sosial ini, pengguna semakin menggemari visual berbanding dengan teks. Jadi, penggunaan imej grafik adalah sangat penting bagi menyampaikan mesej termasuk pengiklanan, pertandingan, penjualan, pengumuman dan sebagainya. Canva sangat popular di kalangan online marketer kerana mempunyai koleksi template yang sangat banyak dan menepati citarasa terkini. Pengguna juga boleh menyunting imej, memasukkan ikon dan teks. Selain daripada untuk kegunaan pemasaran dan pengiklanan online, kanva juga boleh hasilkan persembahan, infografik, resume, kulit buku dan banyak lagi. Satu lagi kelebihan Canva ialah ia mempunyai aplikasi di telefon pintar. Oleh itu, di dalam kelas ini, para pelajar diberi tunjuk ajar untuk melukis poster dan pelajar diminta untuk memuatnaik di dalam Facebook Page PI Lawang untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pusat Internet Lawang.
Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 21 Ogos 2020, seramai 4 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang untuk menyertai kelas melukis poster menggunakan Canva ini yang bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kelas yang berlangsung selama tiga (3) jam ini melibatkan aktiviti pelajar melukis poster menggunakan applikasi Canva dan memuatnaik poster tersebut ke dalam FB Page PI Lawang bagi menyertai pertandingan Melukis Poster anjuran PI Lawang.
Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: