Program Jiwa Murni bersama Tadika Perpaduan Lawang
22 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Jiwa Murni bersama Tadika Perpaduan Lawang ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan adik-adik kecil terhadap fungsi Pusat Internet serta untuk menerapkan budaya celik IT dan teknologi kepada mereka.
Program yang berlangsung selama dua (2) jam ini hanya melibatkan lima (5) orang murid disebabkan ramai yang tidak hadir ekoran demam dan batuk kata gurunya Puan Nor Azlina Zulkifli. Dalam program ini adik-adik ini diberikan taklimat tentang keselamatan menggunakan telefon bimbit dan perlu meminta izin ibu bapa untuk menggunakan telefon. Staf juga mengingatkan adik-adik ini supaya tidak terlalu lama menggunakan telefon bimbit untuk menjamin keselamatan kesihatan mereka.
Pihak Pusat Internet Lawang berharap program ini dapat diteruskan lagi dengan kehadiran lebih ramai murid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: