Train the Trainer (TTT) Basic Shopee Seller Course
11 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2020, telah diadakan kursus basic shopee kepada staf Pusat Internet Komuniti. Kursus ini diadakan selama 3 jam setengah melalui Zoom Meeting. Seramai 73 orang staf PIK telah menyertai kursus ini. Di dalam kursus ini, para staf Pusat Internet Komuniti diberi tunjuk ajar cara mengakses Seller Centre, menambah atau memuatnaik produk baru, panduan mengambil foto produk yang sempurna, program subsidi penghantaran di shopee, dan banyak lagi program-program di platform shopee telah di tunjuk ajar di dalam kursus ini.
Shopee adalah platform e-Dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan. Lebih 200 juta penduduk muat turun aplikasi shopee ini. Shopee adalah salah satu platform yang disediakan khas untuk para peniaga menjual produk secara online. Shopee juga antara platform jualan online yang terbesar di Malaysia. Pendaftaran di Shopee adalah percuma. Platform shopee juga tidak memerlukan SSM. Jika anda tiada Sijil Perniagaan, anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja menjual di Shopee. Kepercayaan pelanggan membeli di Shopee amat tinggi kerana adanya jaminan dari pihak Shopee. Pelanggan tidak akan mudah ditipu dari pihak penjual. Shopee juga akan mengasingkan penjual yang menipu atau dipanggil scammer daripada menjual di platform shopee. Kos penghantaran produk menjadi murah jika kita mendaftar logistik dengan pihak Shopee. Shopee ada menawarkan diskaun penghantaran.Hal ini merupakan salah satu sebab mengapa pelanggan dan penjual suka membeli dan menjual di Shopee. Pihak Shopee juga telah membuat kerjasama dengan pihak kurier penghantara antaranya kurier Poslaju, J&T, DHL, Ninja Van dan Gdex.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: