Kelas Bahasa Inggeris dan PowerPoint
20 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 Ogos 2020, hari Rabu yang lalu seramai 4 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang untuk menyertai Kelas Bahasa Inggeris dan juga kelas yang bermula pada jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Kelas yang berlangsung selama tiga (2) jam ini melibatkan aktiviti pelajar menjawab soalan Bahasa Inggeris dan diteruskan dengan sesi perbincangan jawapan. Kelas Bahasa Inggeris ini dilakukan secara online. Selain itu juga, sempena bulan kemerdekaan ini, pihak Pusat Internet Lawang telah mengadakan kelas untuk melukis Bendera dengan menggunakan PowerPoint. Pelajar diajar untuk melukis bendera menggunakan PowerPoint. Pelajar mengulang kembali pembelajaran yang telah diajar pada hari Isnin yang lepas.
Para pelajar diberikan Kuiz Bahasa Inggeris yang perlu dijawab secara atas talian menggunakan Kahoot. Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: