Kelas Matematik, Taklimat eWaste & Kuiz
20 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2020, hari Ahad yang lalu seramai 4 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang untuk menyertai Kelas Matematik, Taklimat eWaste dan Kuiz eWaste yang bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Kelas yang berlangsung selama tiga (3) jam ini melibatkan aktiviti pelajar menjawab soalan Matematik dan diteruskan dengan sesi perbincangan jawapan. Aktiviti ini adalah aktiviti offline di mana pelajar menjawab soalan menggunakan kertas.
Namun begitu, kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Pelajar boleh menggunakan applikasi portal eKelas untuk belajar secara Live Tutorial (online) dengan percuma di Pusat Internet Lawang. Sesi pembelajaran turut diselitkan dengan taklimat eWaste dan pelajar-pelajar perlu menjawab soalan kuiz eWaste yang disediakan oleh pihak PI melalui applikasi Kahoot. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat memberikan input yang berguna kepada para pelajar serta dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat penubuhan PI iaitu untuk merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: