Kursus Train of Trainer (Stream Yard Live Streaming Studio)
17 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu dan Ahad yang lalu, 15-16 Ogos 2020, telah diadakan Kursus Train of Trainer (Stream Yard Streaming Studio) di dalam Zoom Meeting. Kursus ini melibatkan semua kakitangan Pusat internet di bawah seliaan maxis dan digi negeri Kelantan dan Kedah. Kursus ini dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi ZOOM. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staff Pusat Internet tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Stream Yard Live Streaming Studio. Stream Yard Live Streaming Studio ialah aplikasi video conference yang cirinya sama seperti Studio Video yang lain seperti Zoom, Polycom, Google Meet, GoToMeeting, BigBlueButton dan banyak lagi. Musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menghadkan pergerakan aktiviti di Pusat Internet.
Ramai kakitangan yang mencari kaedah dan alternatif terbaik untuk mengajar kepada murid. Ada banyak cara, dan salah satu cara yang sangat disyorkan adalah kaedah Streaming dengan menggunakan aplikasi mudah StreamYard. Banyak kelebihan menggunakan StreamYard berbanding aplikasi lain. Kelebihan aplikasi platform Streamyard ini merupakan web-based dan tidak memerlukan pengguna memuat turun sebarang aplikasi tambahan.
Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Trainer boleh melihat kembali video yang dirakamkan dan mengenalpasti kelemahan atau kelebihan dari segi penyampaian dan sebagainya. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: