Taklimat Keselamatan & Demonstrasi Kebakaran PI Kluster Tanah Merah
17 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2020 telah diadakan Taklimat Keselamatan & Demonstrasi Kebakaran bagi Pusat Internet Kluster Tanah Merah yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah. Kira-kira 200 orang murid dan 20 orang guru yang terlibat dalam program pada hari ini.
Objektif program ini dibuat di sekolah pada tahun ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada semua murid dan warga sekolah tentang cara untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. Program ini juga dapat meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri. Akhir sekali, ia untuk melatih semua untuk sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan berupaya mengawal keadaan dengan baik.
Taklimat keselamatan dan kebakaran telah disampaikan oleh Encik Azlan selaku ketua operasi bagi program pada hari tersebut. Banyak input berguna yang telah disampaikan oleh beliau dalam taklimat tersebut. Pihak PI Kluster Tanah Merah berharap agar program ini dapat memberi impak yang efektif dan berkesan kepada semua warga pendidik dan murid-murid Sekolah Tebing Tinggi. Terima kasih di atas kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: