Program Sembang Santai mySalam Live bersama PIK Batu Gajah
16 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2020, Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang bersama-sama PIK Batu Gajah telah mengadakan sesi Live bersama dengan topik berkenaan mySalam-permohonan dan bantuan Mysalam kepada golongan B40. mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Sebagai permulaan, Skim ini akan dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pengendali-pengendali takaful lain mungkin akan dilantik untuk mengendali Skim ini pada masa hadapan.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk nenerangkan manfaat bantuan Mysalam kepada pesakit kronik yang memerlukan rawatan hospital dan pesakit kurang berkemampuan untuk membiayai rawatan hospital secara berterusan. Individu yang lasak untuk skim mySalam ini adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan; individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun; dan individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi penyakit kritikal RM8,000 dan hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari. Di dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit ini, staf PIK telah berkongsi cara-cara bagaimana untuk memohon tuntutan penyakit kritikal dan juga tuntutan hospitaliti. Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun. Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: