Tutorial Langsung Subjek Sains (eKelas) UPSR
29 November 2020 | Aktiviti TerkiniMaxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya adalah pada tiga mata pelajaran - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5. eKelas menawarkan kombinasi tutorial langsung, pembelajaran kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Program ini disampaikan di Pusat Internet Komuniti, yang merupakan Pusat Internet yang dikendalikan oleh MCMC yang berfungsi sebagai hub digital untuk masyarakat di kawasan yang kurang mendapat perhatian.
Sesi Pembelajaran secara Tutorial langsung telah berlangsung pada 28 November 2020 bagi mata pelajaran Matematik di Pusat Internet Komuniti Kampung Lawang. Seramai 1 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah hadir untuk mengikuti eKelas ini. Kelas ini berlangsung selama satu (30) minit.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memanfaatkan masa hujung minggu adik-adik dan juga memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Komuniti Kampung Lawang untuk menyertai eKelas yang diberikan secara percuma sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: