Perjumpaan Dan Ramah Mesra Pusat Internet Parlimen Jeli Bersama Yb Dato' Sri Mustapa Mohamed
18 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2019 yang lalu, seramai 19 orang Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet bagi Parlimen Jeli telah berkumpul di Bilik Mesyuarat, Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli, Bandar Jeli untuk menyertai Perjumpaan Dan Ramah Mesra Pusat Internet Parlimen Jeli Bersama Yb Dato' Sri Mustapa Mohamed.
Perjumpaan dan Sesi Ramah Mesra ini adalah julung kalinya diadakan bagi Pusat Internet dan juga MCMC. Encik Faizal, Pegawai MCMC dari Pejabat MCMC Wilayah Timur sangat berbesar hati dengan jemputan yang dibuat oleh Dato’ Pa ini. Di dalam sesi perjumpaan ini, Dato’ Sri Mustapha menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan satu seminar secara besar-besaran dengan kerjasama kesemua Pusat Internet di bawah Parlimen Jeli yang mengfokuskan golongan usahawan. Beliau turut menyatakan hasrat agar perjumpaan seperti ini dapat diteruskan lagi bagi mendapatkan informasi dan maklum balas daripada setiap Pusat Internet berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan.
Tambah beliau lagi, beliau sanggup turun padang jika mana-mana Pusat Internet memerlukan khidmat dan bantuan daripada beliau. Selain itu, beliau juga turut menanyakan perihal cabaran dan keadaan setiap Pusat Internet kepada pengurus-pengurus setiap Pusat Internet. Perjumpaan yang ringkas dan padat ini banyak memberi impak kepada semua peserta yang hadir. Sesi ini diakhiri dengan mengambil gambar bersama peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: