Sesi Ulangkaji Bagi Subjek Bahasa Inggeris (eKelas)
27 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2019 yang lalu, seramai 18 orang pelajar telah menyertai program bersama Maxis eKelas bagi Sesi Ulangkaji secara Live Tutorial bagi minggu ke-10. Pada hari ini adik-adik ini bersama cikgu mereka membuat dan menjawab soalan, memahami bentuk soalan dan cara menjawab serta mengetahui cara menjawab soalan dengan betul berdasarkan piawaian peperiksaan.
Para pelajar Tingkatan 4 & 5 pula membuat latihan soalan struktur berformat SPM dan juga soalan esei berformat SPM di dalam kelas tersebut. Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Penggal kedua yang akan berlansung tidak lama lagi. Ia juga sebagai pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Kelas ini yang berlansung selama 3 jam bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: