Pameran & Ceramah di Majlis Perasmian Syukuri Nikmat
27 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPPada 26 Jun 2019 telah diadakan Pameran & Ceramah di Majlis Perasmian Syukuri Nikmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemahang, Tanah Merah. Program ini daripada jemputan Pengurus FELDA Wilayah Gua Musang dengan kerjasama daripada Kelab Anti Dadah & Pengangkutan Jalan Raya.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencegah pelajar dari terlibat dengan dadah. Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar. Untuk menerangkan tentang penggunaan pengangkutan dan keselamatan yang perlu dititikberatakan oleh pelajar yang menggunakan pengangkutan awam atau penganguktan persendirian untuk ke sekolah.
Agensi Antidadah Kebangsaan komited dalam menyampaikan perkhidmatan berkaitan Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Pendidikan dan Pencegahan serta Penguatkuasaan dan Keselamatan kepada pelajar sekolah dalam menerangi gejala dadah. Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah, menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah dan meningkatkan keazaman semua warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah. Untuk membekalkan maklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan memastikan pelajar - pelajar yang merupakan aset dan harapan negara tidak terjerumus dalam alam khayalan dan kancah jenayah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: