Sesi mathsc Bagi Subjek Matematik & Sains (eKelas)
28 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi mathsc secara Live Tutorial dan juga menggunakan Learning Port bagi minggu ke-10. Pada hari ini murid-murid Darjah 6 mengmathsc bab Proses Hidup Haiwan bagi Subjek Sains dan bab Panjang bagi subjek Matematik. Adik-adik ini juga turut melakukan aktiviti bersama cikgu iaitu melukis peta minda Mekanisma Pernafasan dan membuat aktiviti masuk ke dalam kertas bagi subjek Matematik.
Adik-adik Tingkatan 1 pula membuat mathsc bagi bab Sel Sebagai Unit Asas Hidupan bagi subjek Sains dan Nombor Nisbah, Faktor & Gandaan dan Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Tiga dan Punca Kuasa Tiga bagi subjek Matematik. Cikgu juga turut menyelitkan aktiviti bersama adik-adik ini bagi memberi lebih kefahaman kepada mereka. Bagi subjek Sains adik-adik diminta untuk melukis Sistem Respirasi bagi manusia dan bermain aktiviti Sudoku bagi subjek Matematik.
Bagi adik-adik Tingkatan 2 pula, pada minggu ini mereka mengmathsc bab Ekosistem bagi subjek Sains dan Ungkapan Algebra bagi subjek Matematik. Mereka juga turut melakukan aktiviti bersama cikgu dengan melukis Peta Minda Hubungan Antara Organisma dan juga menyelesaikan masalah Penimbang Algebra.
Seterusnya, kelas diteruskan dengan menjawab soalan berformat PT# dan juga ulasan bagi tajuk Ransangan dan Gerak Balas serta Respirasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 untuk Subjek Sains. Bagi subjek Matematik pula, bagi tajuk Bentuk Piawai, mereka membuat mathsc topik-topik PT3 yang telah dipelajari bersama cikgu, memahami bentuk soalan dan cara menjawab serta mengetahui cara menjawab soalan dengan betul berdasarkan standard PT3.
Para pelajar Tingkatan 4 & 5 pula membuat latihan soalan struktur berformat SPM dan juga soalan esei berformat SPM di dalam kelas Sains dan mengmathsc bab Ungkapan Persamaan Kuadratik dan Matriks bagi subjek Matematik. Pelajar Tingkatan 4 & 5 banyak menggunakan Learning Port bagi tujuan ini. Soalan-soalan yang mereka jawab juga ada terdapat di dalam Learning Port ini. Tiada aktiviti di dalam kumpulan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 kerana cikgu mahu mereka fokus dan mahir dengan keadah menjawab soalan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 15 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 7 jam bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: