eLearning Matematik & Sains melalui Live Tutorial eKelas Minggu ke-15
30 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Jun 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Ulangkaji secara Live Tutorial dan juga menggunakan Learning Port bagi minggu ke-15.
Bagi Tingkatan 1, pembelajaran tentang Proses Respirasi bagi subjek Sains.Cikgu juga turut menyelitkan aktiviti bersama adik-adik ini bagi memberi lebih kefahaman kepada mereka.
Bagi adik-adik Tingkatan 2 pula, pada minggu ini mereka dikehendaki membina Menara KLCC. Mereka juga turut melakukan aktiviti bersama cikgu. Seterusnya, kelas diteruskan dengan menjawab soalan berformat PT3 bagi pelajar Tingkatan 3. Mereka membuat ulangkaji topik-topik PT3 yang telah dipelajari bersama cikgu, memahami bentuk soalan dan cara menjawab serta mengetahui cara menjawab soalan dengan betul berdasarkan standard PT3. Para pelajar Tingkatan 4 & 5 pula membuat latihan soalan struktur berformat SPM dan juga soalan esei berformat SPM di dalam kelas Sains.
Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 13 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 7 jam bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: