Kelas Asas Komputer & Advokasi
19 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, seramai 12 orang pelajar telah menyertai Kelas Asas Komputer dan Taklimat Advokasi di Pusat Internet Kampung Lawang.
Di dalam kelas ini, pelajar diberikan tunjuk ajar berkenaan pengenalan kepada asas komputer, pengenalan kepada tools yang ada dan sering digunakan di dalam membuat Ms Office serta latihan untuk mengukuhkan pengetahuan dan ilmu yang disampaikan. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Office serta meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Office. Di samping itu juga, ia dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran serta mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi.
Selain daripada kelas komputer, pelajar juga turut diberikan taklimat advokasi bagi tujuan keselamatan di internet. Advokasi sangat penting untuk disampaikan kepada pelajar kerana pelajar sekarang sangat rapat dengan dunia digital tanpa sempadan ini. Kesedaran dan kewaspadaan mereka di internet adalah tanggungjawab staf Pusat Internet dalam setiap sesi yang dilaksanakan.
Pusat Internet Lawang berharap kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat Kementerian Pendidikan dan MCMC bagi merapatkan jurang antara golongan luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: