Program Executive Pocket Talk Bersama SME Corp-DDEC-MyIPO-Mara
23 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2019, Isnin yang lalu seramai 80 orang peserta dan 23 daripadanya adalah staf Pusat Internet Maxis telah menyertai Program Executive Pocket Talk Bersama SME Corp-DDEC-MyIPO-Mara yang diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu yang berlansung selama 9 jam. Program ini adalah anjuran Mara khas untuk para peserta Latihan Pembangunan Usahawan (LPU) Kelantan.
Terdapat 3 sesi yang dijalankan sepanjang program ini, di mana sesi pertama dimulakan dengan Encik Roslan daripada SME Corp yang menceritakan tentang program-program dan geran yang disediakan oleh SME Corp yang bernilai 15 ribu ringgit. Selepas itu, sesi diteruskan lagi dengan penerangan daripada Encik Ab Rahman bin Abdul Wahab selaku Pengurus Akaun bagi agensi DDEC (Design Development Centre) negeri Kelantan.
Bagi sesi bersama DDEC, para peserta diberikan pendedahan mengenai logo dan penjenamaan produk yang efektif melalui rekabentuk jenama dan juga logo yang digunakan. Sesi terakhir adalah bersama dengan coach iaitu Tuan Haji Zul Aziz yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas usahawan-usahawan di bawah kelolaan Mara Kelantan. Sesi berakhir pada jam 5.30 petang dengan aktiviti minum petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: