Mari Mengenal & Belajar Piramid Makanan bersama Tabika Perpaduan Lawang
19 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2019 yang lalu, telah diadakan Program Mari Mengenal & Belajar Piramid Makanan bersama Tabika Perpaduan Lawang. Aktiviti yang diadakan ialah tayangan video tentang pengambilan makanan seimbang, Kuiz Puzzle Piramid makanan bagi memastikan adik-adik Tabika mengenalpasti makananan yang berkhasiat yang perlu diambil dan mengurangkan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memastikan kuantiti makanan yang perlu diambil untuk penjagaan kesihatan yang berkekalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: