Sesi Lawatan Pengerusi MCMC ke Kelantan
9 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2019 yang lalu, Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak bersama-sama pihak industri telekomunikasi telah bergotong-royong membersihkan Pusat Internet Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan dan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Seramai 10 orang mangsa banjir yang terlibat menerima bantuan dan sumbangan daripada pihak MCMC, Maxis dan juga Nera.
Sesi gotong-royong ini melibatkan lebih kurang 40 orang pegawai-pegawai dan staf daripada MCMC, telko-telko seperti Maxis, Celcom, TM & Digi serta melibatkan juga 7 orang staf daripada Pusat Internet (PI) Kg Kajang Sebidang, PI Repek, PI Semuba, PI Chengal, PI Bukit Tandak dan PI Lawang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: