Kelas Komputer
21 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Disember 2019 yang lalu, kelas komputer telah diadakan untuk pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat klik dengan bijak (KDB). Seramai 10 orang pelajar telah menyertai kelas yang berlansung selama tiga jam ini.
Di dalam kelas ini, para peserta dilatih meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel). Selain itu, kelas ini juga dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian tertentu dan menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran.
Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Kami juga menyediakan tuisyen secara percuma yang dikelolakan oleh Maxis iaitu eKelas bagi pelajar dari darjah enam sehingga tingkatan lima. Para pelajar boleh mendaftarkan diri di PI Lawang secara percuma sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: