Pertandingan “Jigsaw” Sayangi Malaysiaku Sempena Hari Merdeka
29 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang pelajar telah menyertai Pertandingan “Jigsaw” Sayangi Malaysiaku Sempena Hari Merdeka yang telah berlansung selama 4 jam bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang pada 28 Ogos 2019 yang lalu. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dikecapi oleh Negara kita. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan banyak program-program kemerdekaan telah diadakan bagi meraikan hari kemerdekaan Negara.
Kini, Program Bulan Kemerdekaan negara disambut dari 16 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Sambutan Ini bertujuan melahirkan kegembiraan, rasa bangga dan bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini. Sambutan Bulan Kemerdekaan juga bertujuan untuk menghargai jasa pejuang-pejuang kemerdekaan dan memantapkan perpaduan di kalangan rakyat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: