eKelas Matematik dan Sains
3 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 02 Mac 2019 yang lalu, sesi Pembelajaran secara Live Tutorial dan pengenalan kepada eCikgu khas untuk murid-murid Darjah 6 yang akan menduduki UPSR telah diadakan di Pusat Internet Kg Lawang. Program ini merupakan inisiatif oleh Maxis untuk menerapkan nilai dan ilmu digital di kalangan pelajar-pelajar bagi membantu pelajar-pelajar ini membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang akan mereka tempuh nanti.
Pada kali ini, sesi Darjah 6 dimulakan dengan pengenalan kepada eCikgu bagi subjek Matematik dan Sains. Di dalam eCikgu, murid dapat mendengar, melihat serta bertanya kepada cikgu jika mereka tidak faham atau perlu lebih penerangan mengenai sesuatu subjek menerusi kaedah ‘chatting’ bersama guru dan rakan-rakan dari seluruh Malaysia. Seterusnya sesi Live Tutorial diteruskan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6, pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 8 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan mengambil peluang keemasan ini dan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk sama-sama belajar menimba ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: