eLearning Matematik & Sains melalui Live Tutorial eKelas
24 February 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Pembelajaran secara Live Tutorial pada 23 Februari 2019 yang lalu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Pada sesi kali ini, adik-adik bukan sahaja dapat belajar tetapi mereka juga dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama rakan melalui tugasan yang disediakan oleh guru. Seramai 11 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6, pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 8 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh Maxis untuk menerapkan nilai dan ilmu digital di kalangan staf Pusat Internet dan juga pelajar-pelajar terutama yang terlibat dengan Program eKelas Portal bagi membantu pelajar-pelajar ini membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang akan mereka tempuh nanti. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: