eLearning Bahasa Inggeris Melalui Live Tutorial eKelas
2 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 01 Mac 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Pembelajaran secara Live Tutorial. Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh Maxis untuk menerapkan nilai dan ilmu digital di kalangan staf Pusat Internet dan juga pelajar-pelajar terutama yang terlibat dengan Program eKelas Portal bagi membantu pelajar-pelajar ini membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang akan mereka tempuh nanti.
Pada kali ini peserta belajar mengenali karakter setiap watak seperti watak antoganis dan membuat antonasi bunyi berdasarkan watak yang diberikan. Watak ini juga diberikan berdasarkan setiap Judul Filem yang diberikan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 33 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6, pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 3 jam bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: