Sesi Ulangkaji Bagi Subjek Matematik & Sains (eKelas)
5 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 04 Mei 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Ulangkaji secara Live Tutorial dan juga menggunakan Learning Port bagi minggu ke-11. Adik-adik Tingkatan 1 membuat ulangkaji bagi bab Kitaran Haid bagi subjek Sains dan Ungkapan Algebra bagi subjek Matematik. Cikgu juga turut menyelitkan aktiviti bersama adik-adik ini bagi memberi lebih kefahaman kepada mereka. Bagi subjek Sains adik-adik diminta untuk melukis Sistem Kitaran Haid bagi manusia dan bermain aktiviti Puzzle Algebra bagi subjek Matematik.
Bagi adik-adik Tingkatan 2 pula, pada minggu ini mereka mengulangkaji bab Piramid Makanan bagi subjek Sains dan Ukur lilitan Bulatan bagi subjek Matematik. Mereka juga turut melakukan aktiviti bersama cikgu. Seterusnya, kelas diteruskan dengan menjawab soalan berformat PT3 bagi pelajar Tingkatan 3. Mereka membuat ulangkaji topik-topik PT3 yang telah dipelajari bersama cikgu, memahami bentuk soalan dan cara menjawab serta mengetahui cara menjawab soalan dengan betul berdasarkan standard PT3.
Para pelajar Tingkatan 4 & 5 pula membuat latihan soalan struktur berformat SPM dan juga soalan esei berformat SPM di dalam kelas Sains dan mengulangkaji bab Ungkapan Persamaan Kuadratik dan Matriks bagi subjek Matematik. Pelajar Tingkatan 4 & 5 banyak menggunakan Learning Port bagi tujuan ini. Soalan-soalan yang mereka jawab juga ada terdapat di dalam Learning Port ini. Tiada aktiviti di dalam kumpulan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 kerana cikgu mahu mereka fokus dan mahir dengan keadah menjawab soalan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 10 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 7 jam bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: