Ujian Penilaian Matematik & Sains melalui Live Tutorial eKelas Minggu ke-20
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniSeramai 6 orang pelajar telah menyertai sesi pembelajaran e-Learning Matematik dan Sains melalui Live Tutorial eKelas yang telah berlansung selama 7 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada 27 Julai 2019 yang lalu. Sesi pada kali ini melibatkan aktiviti pelajar bersama dengan guru dan para pelajar mestilah memuat naik segala hasil kerja mereka ke dalam portal eKelas masing-masing untuk mendapatkan markah daripada guru atau pelajar boleh mengikut kumpulan jika berkumpulan.
Bagi sesi murid-murid tahun enam dan Tingkatan 3 mereka dikehendaki menduduki Ujian Penilaian untuk Subjek Sains dan Matematik. Pelajar Tingkatan 1,2 dan Tingkatan 5 dikehendaki membuat aktiviti yang diarahkan selepas pembelajaran. Tujuan eKelas diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan terhadap mata pelajaran yang kritikal dikalangan pelajar seperti subjek Matematik dan Sains ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: