Mary Kay Skincare Class with Community & Advocacy Musim Ke-2
9 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari 2019 Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program Advokasi bersama Mary Kay (Skincare Class) selama 4 jam yang diadakan di PI Lawang. Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi semasa kepada para peserta serta membantu usahawan daripada PI Lawang sendiri untuk mengembangkan produk dan servis beliau sendiri. Usahawan yang disebut itu adalah Puan Juliatie bt Zawani yang merupakan seorang perunding kecantikan bagi produk Mary Kay dan juga pemilik SPA Kecantikan Julia. Seramai 9 orang kaum hawa telah menyertai kelas ini.
Sesi dimulakan dengan penerangan dan taklimat advokasi. Setelah itu, Puan Juliatie meneruskan program dengan sesi pengenalan kepada produk Mary Kay dan seterusnya sesi perundingan kecantikan. Kami diperkenalkan dengan produk-produk Mary Kay mengikut jenis kulit. Sesi pendekatan yang baik diterapkan di sini di mana peserta dapat mencuba sendiri membuat facial sambil mendengar penerangan daripada Beauty Consultant. Teknik yang diajar Beauty Consultant adalah mdengan menggunakan tiga jari terakhir sahaja untuk mencuci make up dan untuk menyapu krim-krim lain. Sesi facial bersama Mary Kay ini diakhiri dengan mengambil gambar bersama peserta yang hadir. Rata –rata peserta yang hadir berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh PI Lawang bersama Mary Kay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: