Live Tutorial Matematik dan Sains, eKelas
21 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniSeramai 14 orang pelajar telah menyertai sesi pembelajaran e-Learning Matematik dan Sains melalui Live Tutorial eKelas yang telah berlansung selama 7 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada 20 Julai 2019 yang lalu. Sesi pada kali ini melibatkan aktiviti pelajar bersama dengan guru dan para pelajar mestilah memuat naik segala hasil kerja mereka ke dalam portal eKelas masing-masing untuk mendapatkan markah daripada guru atau pelajar boleh mengikut kumpulan jika berkumpulan.
Bagi sesi murid-murid tahun enam, aktiviti yang mereka jalankan bagi subjek matematik adalah mendapatkan data daripada ahli kumpulan dan menulis kembali di atas kertas mahjung dan bagi subjek Sains pula mereka harus menyenaraikan kaedah-kaedah pengawetan yang boleh digunakan untuk makanan. Pelajar-pelajar tingkatan satu pula membuat aktiviti mengira teoram pitagoras bagi subjek Matematik dan melukis serta menyenaraikan perbezaan antara sperma dan ovum bagi sistem pembiakan manusia.
Pelajar-pelajar tingkatan dua pula dapat mempelajari graf fungsi dan fenomena gerakan daya pada hari ini. Bagi aktiviti subjek Matematik, pelajar ini harus melukis, membentuk dan mewarna di atas kertas graf bagi menghasilkan tingkap kaca yang cantik dan menarik. Manakala bagi subjek Sains pula, mereka perlu melukis 3 daripada 5 kesan daya yang dipelajari pada hari ini.
Pelajar-pelajar tingkatan tiga pula perlu membina dan mencipta akronim masing-masing mengikut kreativiti mereka bagi menunjukkan kereaktifan logam bagi subjek Sains.Tujuan eKelas diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan terhadap mata pelajaran yang kritikal dikalangan pelajar seperti subjek Matematik dan Sains ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: