Live Tutorial Bahasa Inggeris eKelas
20 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2019 yang lalu, sesi pembelajaran e-Learning Bahasa Inggeris melalui Live Tutorial eKelas telah berlansung selama 3 jam bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Pihak Maxis bersama dengan guru telah menyediakan nota padat, sesi latih tubi,tips menjawab soalan dan banyak lagi persediaan dalam membantu pelajar dalam UPSR, PT3 dan SPM. Sesi selama 3 jam ini telah dihadiri oleh 7 orang pelajar yang terdiri daripada murid darjah enam hingga tingkatan 3. Pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima semakin kurang untuk datang menyertai eKelas ekoran kelas tambahan yang sedia ada di sekolah.
Pada hari ini, guru banyak memberikan tips dan bersama-sama pelajar membuat latihan praktikal bagi menulis karangan kerana pada minggu hadapan pihak Maxis eKelas akan mengadakan Pertandingan Menulis Esei bagi semua pelajar yang terlibat dengan eKelas. Pelbagai hadiah menarik akan disediakan oleh pihak Maxis eKelas.
Tujuan eKelas diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dikalangan pelajar luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: