Program Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak “Safe & Protect” Jauhi Dadah
18 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2019 telah diadakan Program Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak: “Safe & Protect” Jauhi Dadah di Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, Tanah Merah. Program ini kerjasama PEMADAM Negeri Kelantan /Tanah Merah/Agensi Berkaitan & Pusat Internet Kluster Tanah Merah.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan mengenai keselamatan kanak-kanak oleh agensi-agensi berkaitan. Pendedahan awal mampu menyelamatkan golongan ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seperti penderaan fizikal & mental, buli siber & paedofillia. Memberi kesedaran dan menyedarkan mereka tentang risiko jenayah siber yang mungkin akan dihadapi oleh mereka & bagaimana mengatasinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: