Ujian Penilaian Matematik dan Sains eKelas
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2019 yang lalu, pihak Maxis eKelas dan para guru telah mengadakan sesi Ujian Penilaian bagi Subjek Matematik dan Sains untuk para pelajar dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5 yang diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Lawang. Program ini diadakan bagi melihat keberkesanan pelajar-pelajar terhadap sesi pembelajaran yang telah diajar sebelum ini bermula dari bulan Januari 2019. Ujian Penilaian ini adalah bagi mengumpul mata para pelajar bagi sesi persekolahan Penggal Pertama.
Daripada sesi penilaian ini juga, para guru dapat mengambil kira keberkesanan cara mengajar dan input apa yang boleh diterima oleh para pelajar. Sesi ini diadakan untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6, pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai sesi penilaian ini yang berlansung selama 7 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Semoga adik-adik dari PI Lawang ada yang bernasib baik menerima hadiah ganjaran yang berupa sebuah basikal bagi sesi Penggal Pertama ini. Semoga adik-adik terus rajin dan maju di dalam pelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: