Ujian Penilaian Bahasa Inggeris eKelas
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2019 yang lalu, pihak Maxis eKelas dan para guru telah mengadakan sesi Ujian Penilaian bagi Subjek Bahasa Inggeris yang diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Lawang. Program ini dianjurkan bagi melihat keberkesanan pelajar-pelajar terhadap sesi pembelajaran yang telah diajar sebelum ini bermula dari bulan Januari 2019. Ujian Penilaian ini adalah bagi mengumpul mata para pelajar bagi sesi persekolahan Penggal Pertama.
Daripada sesi penilaian ini juga, para guru dapat mengambil kira keberkesanan cara mengajar dan input apa yang boleh diterima oleh para pelajar. Kelas ini diadakan untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 27 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6, pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai sesi penilaian ini yang berlansung selama 3 jam bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga adik-adik dari PI Lawang ada yang bernasib baik menerima hadiah ganjaran yang berupa basikal bagi sesi Penggal Pertama ini. Semoga adik-adik terus rajin dan maju di dalam pelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: