Aktiviti Bahasa Inggeris Penggal ke- 3 bagi eKelas Live Tutorial
15 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg Lawang telah mengadakan program bersama Maxis bagi Aktiviti Bahasa Inggeris Penggal ke- 3 bagi eKelas Live Tutorial.
Pihak Maxis menyediakan nota padat, sesi latih tubi,tips menjawab soalan dan banyak lagi persediaan daripada guru eKelas dalam membantu pelajar dalam UPSR, PT3 dan SPM. .
Seterusnya, kelas diteruskan dengan menjawab soalan berformat PT3 bagi pelajar Tingkatan 3. Mereka membuat ulangkaji topik-topik PT3 yang telah dipelajari bersama cikgu, memahami bentuk soalan dan cara menjawab serta mengetahui cara menjawab soalan dengan betul berdasarkan standard PT3.
Para pelajar Tingkatan 4 & 5 pula membuat latihan soalan struktur berformat SPM dan juga soalan esei berformat SPM. Pelajar Tingkatan 4 & 5 banyak menggunakan Learning Port bagi tujuan ini. Soalan-soalan yang mereka jawab juga ada terdapat di dalam Learning Port ini. Tiada aktiviti di dalam kumpulan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 kerana cikgu mahu mereka fokus dan mahir dengan keadah menjawab soalan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 15 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 3 jam bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menggunakan Portal eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: