Pengenalan Kepada ICT (Ms Power Point)
28 April 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 11 orang peserta telah menyertai Kelas Komputer pada hari sabtu, 28 April 2018 yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kelas ini dihadiri oleh pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Kelas ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB).
Pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam melayari internet bagi mengelakkan pelajar atau anak-anak daripada melayari web yang salah.Kelas komputer yang diadakan pada kali ini lebih fokus kepada pembelajaraan Power Point. Sebelum sesi pembelajaraan Power point, para peserta kursus didedahkan tentang Klik dengan bijak (KDB) dan pengenalan kepada e-waste. Power Point yang diajar adalah asas sahaja dan tidak fokus kepada mana-mana teknik pembelajaran PP yang hebat. Hal ini berikutan, kami hanya mengambil peserta Sekolah Rendah dan hanya untuk pendedahan dan pengenalan kepada PP.
Kelas Ms Word yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT. Oleh itu, kami pihak PI Kg. Lawang juga sedang merangka jadual dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas seperti ini terhadap golongan awal pertengahan ini.
Kelas ini juga diadakan bagi melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Ms Power Point. Selain itu, meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Power Point serta menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Kelas ini mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi serta mendedahkan kepada pelajar cara peyimpanan “save” maklumat, carian di google “search of google” dan salin “copy” mamklumat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: