Penggunaan Internet sebagai Sumber Maklumat kepada Pelajar
5 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang peserta telah menyertai Kelas Penggunaan Internet sebagai Sumber Maklumat kepada Pelajar, yang telah diadakan pada hari Jumaat 04 Mei 2018 dari jam 9 pagi sehingga 6 petang di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kelas ini bertujuan untuk anak-anak muda masa kini dikatakan sebagai digital native yang merujuk kepada mereka yang dilahirkan dan dibesarkan pada zaman teknologi digital. Namun begitu, familiariti mereka dalam hal ini tidak bermaksud mereka terhindar daripada kesan negatif penggunaan Internet.
MCMC sentiasa mendidik orang awam melalui media massa dan media sosial menggunakan Internet secara selamat dan bertanggungjawab melalui program advokasi Klik Dengan Bijak, selaras dengan peranan MCMC sebagai pengawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. MCMC juga bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membangunkan modul pendidikan keselamatan penggunaan Internet untuk program "Modul Pendidikan dan Keselamatan Keluarga dan Anak” (PEKA) yang disasarkan kepada golongan ibu bapa dan penjaga.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak melayari Internet dengan selamat ialah menghadkan masa untuk melayari Internet. Selain itu, mengalakkan pemikiran kritis dan pelakuan sopan semasa berkomunikasi dalam talian. Meletakkan komputer di ruang keluarga dan bukannya di bilik anak-anak serta membuat pemantauan aktiviti anak-anak dalam talian dan akaun media sosial mereka. Pastikan maklumat peribadi mereka tidak didedahkan di Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: