Online Banking, Online Booking & Gmail Create
16 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 3 orang peserta telah meminta bantuan staf PI Kg Lawang untuk mempelajari cara “Online Bankin/Booking” dan “Gmail Create”. Peserta ini terdiri daripada golongan kaum adam. Iaitu En.Saidin bin Ahmed, En.Ariff bin Azehari dan En.Hanafe bin Muhammad. Mereka terdiri daripada golongan bekerja,bekerja sendiri dan sudah bersara.
Peserta akan menyedari tentang kemudahan perbankan secara atas talian yang sangat memudahkan aktiviti harian melalui staf bertugas pusat internet dan dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini atau di gajet sendiri. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan jualan secara atas talian yang boleh menjana pendapatan daripada kemudahan yang diaplikasikan. Peserta juga belajar untuk menggunakan akaun gmail dan cara menghantar, membalas, dan membaca mesej pada email.
Selain itu, penerangan tentang perbankan secara atas talian dan keselamatan terhadap serangan “phishing”. Membuat pendaftaran email peserta kerana peserta masih belum mempunyai email sendiri. Setelah siap, peserta diajar cara-cara mendaftar perbankan secara atas talian dan mencuba menggunakan aplikasi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: