Terokai Dunia Perniagaan Digital bersama eUsahawan
7 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang peserta telah menyertai Kursus Terokai Dunia Perniagaan Digital bersama eUsahawan, yang telah diadakan selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Mei iaitu hari Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Pusat digital 1 Malaysia Batu Gajah. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.Mendedahkan kaedah dan teknik yang betul dalam memperkasakan perniagaan dan dapat melatih penduduk kampung di setiap PI dalam menjalankan perniagaan..
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: