PI Conference 2018
20 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16hb hingga 19hb November 2018 yang lalu, seramai 255 orang peserta yang terdiri daripada staf-staf Pusat Internet di bawah Telco Maxis iaitu Pengurusan Nera dan Sprintz yang bertempat di Damai Beach Resort, Santubong, Sarawak. PI Conference adalah aktiviti tahunan yang wajib diadakan setiap tahun. Jika tahun 2017 Negeri Sembilan menjadi pilihan, tahun ini pula Negeri Sarawak yang dipilih.
Pihak penganjur telah mengatur jadual dan aktiviti yang sangat menarik untuk dimanfaatkan oleh semua staf Pusat Internet dari seluruh Malaysia.Di samping itu juga, pihak penganjur turut mengadakan Jamuan Makan Malam bagi meraikan para pekerja mereka dan menyampaikan anugerah serta ganjaran kepada Pengurus dan Penolong Pengurus yang memberikan perkhidmatan dan pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2018 ini. Majlis makan malam itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan daripada staf Pusat Internet. Majlis makan mala mini merupakan acara kemuncak bagi PI Conference 2018.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sarawak, barisan pegawai atasan Maxis, Nera dan juga Sprintz. Selain , para peserta turut diberi peluang untuk membeli-belah di pekan Serikin iaitu sempadan bagi negeri Sarawak, Malaysia dan juga Negara Indonesia. Para peserta turut dibawa ke Perkampungan Budaya Sarawak bagi memperkenalkan identiti rakyat Sarawak. itu. Tidak lengkap kunjungan kami ke Sarawak jika tidak berpeluang untuk membawa pulang kek lapis Sarawak. Oleh itu, kami di bawa ke kedai kek lapis Mira yang terletak di Water Front bagi membeli ole-ole untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Sepanjang tempoh PI Conference ini berlansung, para Pengurus dan Penolong Pengurus dijaga dan dipantau dengan baik oleh pihak penganjur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: