Program Bersama Mary Kay & Advokasi (Skincare Class)
17 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2018 Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kg Lawang dan telah mengadakan program bersama Mary Kay dan Advokasi (Skincare Class). Tujuan sambutan ini adalah untuk menambah ahli PI serta mengeratkan ikatan silaturrahim antara staf PI dengan komuniti sekitar. Selain itu, untuk Melahirkan kaum hawa yang lebih berketrampilan. Seramai 10 orang kaum hawa menyertai kelas ini. Pernah dengar nama Mary Kay tak? Mary Kay adalah produk kecantikkan yang tidak dijual di kedai atau toko-toko jamu yang pesat membangun bagai cendawan yang tumbuh.
Sesi dimulakan penerangan dan taklimat advokasi. Setelah diteruskan dengan sesi facial. Kami diperkenalkan dengan produk-produk facial Mary Kay mengikut jenis kulit, yang uniknya facial ini memerlukan kita membuatnya sendiri, sambi; mendengar penerangan dari Beauty Consultant. Teknik yang diajar Beauty Consultant adalah mdengan menggunakan tiga jari terakhir sahaja untuk mencuci make up dan untuk menyapu krim-krim lain. Sesi facial bersama Mary Kay ini diakhiri dengan mengambil gambar bersama peserta yang hadir. Rata –rata yang hadir mengatakan kepuasan dengan program yang dianjurkan oleh PI Lawang bersama Mary Kay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: