Kursus Asas Komputer (Ms Office)
06 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Komputer (Ms Office) yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB). Selain itu,melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Office. Meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Office serta menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi.
Pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam melayari internet bagi mengelakkan pelajar atau anak-anak daripada melayari web yang salah.Kelas komputer yang diadakan pada kali ini lebih fokus kepada pembelajaraan Microsoft Office. Sebelum sesi pembelajaraan Ms Word, para peserta kursus didedahkan tentang Klik dengan bijak (KDB) dan pengenalan kepada e-waste.
Kelas Ms Office yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT. Oleh itu, kami pihak PI Kg. Lawang juga sedang merangka jadual dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas seperti ini terhadap golongan awal pertengahan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: